ASSALAM

BISMILLAH

hELLo

ni adalah blog ke-3.... yg ptama ngan kdua dah xleh bukak.... xtaw psai pa.... tp yg psti.... perjuangan msih prlu diteruskan... by the way.... nama falcon diambil dripada komik FALCON under gempak karya CLAY....

mussico0


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Monday 22 April 2013

koj0 ~~ ohh!! `~` koj0

Sapa sangka.... masok2 sem 3 nih da mcm shadid lha jugak..... keja banyak trok gak la.... expired date cepat plak tuh....skarang dalam proses pengkajian bab balaghah & I.T,... nak kena kaji bab windows.... windows 7,8,Millenium Edition... wndows 95 & 98 pon nak kna kaji.... selama nih dok syok guna ja..... mungkin kalau pakai laptop apple bleh mntak excuse kat miss sbb guna MAC processor... hehe... pasai balaghah plak nk kna kaji sai fasohatul kalam, majaz, isti'arah, tashbih, wa ghairiha... kna rujuk 5 buah kitab plak tuh.... nnti saya akan masukkan sdikit sbanyak tntang pengkajian balaghah yg akan di assigmentkan.... hehe,..... stay co0l..

falcon syahab ;)

Friday 22 February 2013

cuti oh~ cuti

cemus2.... kecemusan yg teramadun....16/3 nk kna p kola ketil lak.... jem terus.... punggah2.... camna la nk g jubli emas pasni.... nk g tesco... nk g baihaqi.... apa pon xdak kat sana..... dah la preksa r2 xtaw nk dpat bpa...... jem3.... cuti pon xtaw nk wat pa..... agak2 nk p mna la... mmbe2 pon dok dekat sangat smpai susah nk ajak kluaq... dok la ngan PS3




falcon syahab ;)

Saturday 15 September 2012

SELAMAT TINGGAL KAWAN KU

falcon syahab ;)



berkepiah putih ABDUL MUHAIMIN
 telah meninggalkan kami untuk ke jordan meneruskan perjuangan di sana... walaubagaimanap0n.... kenangan study dan muraja'ah bersamanya di KUIN adalah sesuatu yg sangat berharga.... selamat maju jaya ikhwan ku...

Thursday 6 September 2012

kenangan ku...




falcon syahab ;)

TEMAN SEJATI

KINI AKU HIDUP KEMBALI...
BERSAMA TEMAN MEMBINA IDENTITI...
TEMAN BARU KU IKAT TALI...
TEMAN LAMA KU CARI GALI...

KINI AKU MENCARI-CARI...
KEMANA HILANGNYA TEMAN KU INI...
DISANA SINI AKU MENCARI...
TIADA KU JUMPA WALAU SEINCI...

KERANA MEREKA AKU PELAJARI...
APA ERTI HIDUP DAN MATI...
KATA PUJANGGA MEREKA PERGI...
UCAP SELAMAT TIDAK DIBERI..

AKU MENCARI DAN MENCARI LAGI...
DIMANA MEREKA TIDAK KU JUMPAI...
KINI BARU KUSEDARI...
DALAM HATI MEREKA DIKUNCI...

TIADA ERTI TEMAN SEJATI...
JIKA KU LUPA TEMAN SENDIRI...
AKAN AKU KUNCI RAPI...
TERKURUNG DALAM HATIKU INI...




falcon syahab ;)

Tuesday 20 December 2011

SHUTD0WN TO INTERNET...

moshi2... aku dah nk pndah rumah blek.... lepas SPM ni.... jrang gla aku bukak internet terutamanya facebook,,..... internet dah xdak kat umah aku... lagi pon aku sibuk kemas barang nk pndah... vde0 baru pon x dan nk update... wargh...


falcon syahab ;)

Sunday 31 July 2011

pertama kali bersahur di rumah...

seronok bila boleh besahur kat rumah kan!!.. lepas ni tpaksa la bsahur kat asrama...hemh... kat rumah, apa sja nk mkn bleh dpt... kalau xlalu pon... bleh gak goreng telur last minit.... ta0n ni dengan harapan nk cuba tngkatkan amalan lam bulan ni.... cuba buat yg terbaek... sebelum tu kna la ada azam & cita2 yg tinggi.... selain itu... kena la juggak kita meletakan matlamat dan harapan yg tinggi supaya semangat untuk lakukan amalan kita dengan lebih bsemangat....
taon ni klaw boleh xmao tinggai tahajjud ngan selawat minima 1000 setiap hari (kecuali hari pertama ni)... sbb dok kat rumah ssah skit...
hehehehe....

falcon syahab ;)

Thursday 28 July 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK

falcon syahab ;)

MALAM 1000 BULAN...

falcon syahab ;)







LAILATUL QADAR
Tidak terasa, kita sudah berada di minggu terakhir bulan Ramadhan, dan jangka waktu sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan adalah merupakan jangka waktu yang paling istimewa kerana di dalamnya terdapat malam lailatul qadar. Apa keistimewaan Lailatul Qadar itu?
Allah s.w.t. berfirman, bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apa Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar.” (Al -Qadar: 1-5)
Allah memberitahu bahawa Dia menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar, ia-itu  malam yang penuh keberkatan. Allah s.w.t. berfirman: “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati.” (Ad-Dukhan: 3)
Dan malam itu berada pada bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah s.w.t.: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.” (Al-Baqarah: 185)
Ibnu Abbas r.a. berkata: “Allah menurunkan Al-Quran keseluruhannya secara sekaligus dari Loh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w.sesuai dengan konteks berbagai peristiwa selama 23 tahun.”
Malam itu dinamakan Lailatul Qadar kerana keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah s.w.t. Juga, kerana ketika itu ditentukan ajal, rezeki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Allah s.w.t.: “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Ad-Dukhan: 4)
Kemudian, Allah s.w.t. berfirman  mengagungkan kedudukan Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Quran: “Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?” (Lihat Tafsir Ibu Kathir, 4/429).
Selanjutnya Allah menjelaskan nilai keutamaan Lailatul Qadar dengan firmanNya: “Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” Maksudnya, beribadah pada malam itu dengan ketaatan, sembahyang, membaca zikir dan doa sama dengan beribadah selama seribu bulan, pada bulan-bulan yang di dalamnya tidak ada Lailatul Qadar. Dan seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan.
Lalu Allah s.w.t. memberitahu keutamaannya yang lain, juga berkatnya yang melimpah dengan banyaknya malaikat yang turun pada malam itu, termasuk Jibril a.s. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah s.w.t. Mereka turun dengan perintah Allah s.w.t. Selanjutnya Allah s.w.t. menambahkan keutamaan malam tersebut dengan firmanNya: “Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar”. (Al-Qadar: 5) 
Maksudnya, malam itu adalah malam keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tidak sedikit pun ada keburukan di dalamnya, hingga terbit fajar. Pada malam itu, para malaikat, termasuk malaikat Jibril, mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.
Dalam hadis sahih Rasulullah s.a.w. menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail pada malam tersebut. Baginda bersabda: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam ketika Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq ‘Alaih).
Tentang waktunya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya).
Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil iaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.
Adapun qiyamul lail di dalamnya iaitu menghidupkan malam tersebut dengan tahajjud, sembahyang, membaca Al-Quran, zikir, doa, istighfar dan taubat kepada Allah s.w.t.
Aisyah r.a. berkata, aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui Lailatul Qadar, apa yang mesti aku ucapkan di dalamnya?” Baginda menjawab, katakanlah:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan, maka ampunilah aku.” (Riwayat At-Turmuzi, ia berkata, hadis hasan sahih).
(Dipetik dari buku: Siri Keajaiban Rukun Islam - Hikmah Puasa susunan Ahmad Syafi'i Khatib)



akhir kata : beribadatlah sbnyak yg mungkin....
                      amalan yg terbaek untuk besi buruk sperti kita adalah selawat & mmbaca alquran